Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAWarga emas tak sengaja rempuh isteri hingga maut

Warga emas tak sengaja rempuh isteri hingga maut

SUNGAI PETANI, 3 Sept – Di Sungai Petani, Kedah Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar kereta yang bergerak ketika suaminya menghidupkan enjin kenderaan itu dalam keadaan bergear di hadapan sebuah rumah di Kampung Bukit Tukang Jusoh, hari ini.

Lapor Berita Harian Kejadian malang jam 3.10 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 69 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan di anggota badan.

Kejadian malang jam 3.10 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 69 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pasangan suami isteri itu pada mulanya menghadiri majlis kenduri kahwin di kampung berkenaan.

“Sebaik tiba, suami mangsa meletakkan kereta di hadapan sebuah rumah penduduk dan selepas selesai menghadiri kenduri mereka bersiap untuk pulang ke rumah di Kampung Telok Amboi.

“Suami mangsa yang berusia 76 tahun kemudian menghidupkan enjin kereta yang masih dalam keadaan bergear menyebabkan kenderaan itu bergerak ke hadapan dan melanggar isterinya,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati Proton Iswara Aeroback yang dinaiki pasangan itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan kiri dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu dikenali ramai kerana menjalankan perniagaan menjual pulut udang di kawasan kampung mereka.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments