Sunday, May 26, 2024
HomeBERITANajib Razak dimasukkan ke HKL, jalani rawatan

Najib Razak dimasukkan ke HKL, jalani rawatan

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan, hari ini.

Lapor media, Pegawai Khasnya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke HKL pada tengah hari dan sedang menerima rawatan namun beliau tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai rawatannya itu.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak penjara dan HKL di atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan.

“Setakat ini keadaan beliau stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib.

Beliau didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments