Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKisah seorang bapa dan kucing peliharaan singkap pengalaman netizen bersama binatang kesayangan

Kisah seorang bapa dan kucing peliharaan singkap pengalaman netizen bersama binatang kesayangan

Bagi pencinta kucing pasti akan menjaganya dengan penuh kasih sayang dan tidak akan membiarkan haiwan peliharaan dibuang sewenang-wenangnya.

Begitulah yang dilalui oleh seorang pemuda bernama Janny melalui perkongsian di laman Twitter miliknya.

Janny menyatakan, pada permulaan bapanya tidak suka pada binatang peliharaannya.

Bapanya pernah berkata, “kalau kucing ni beranak memang tak lah abah nak bela, memang abah letak je dekat pasar”.

Namun berbeza pula yang berlaku setelah kucingnya melahirkan anak.

Tambahnya, setelah kelahiran anak kucing, bapanya meminta kesemua yang berada di ruang tamu rumahnya untuk senyap supaya dapat merakam ketika anak kucing bergurau senda dan bermain sesama sendiri.

Janny turut memuatnaik video berdurasi 0.15 saat yang memaparkan keadaan bapanya yang sedang asyik merakam anak kucingnya sedang bermain.

Manakala di ruangan komen juga turut dikongsi video anak kucing yang dimuatnaik oleh Janny melalui rakaman telefon bimbit milik bapanya.

Tambah Janny, bapanya turut memintanya untuk membelikan botol susu untuk anak kucing sambil berseloroh, “Botol susu tu dia suruh beli yg mahal sikit sebenarnya baru tahan lama???? nasib baik dekat kedai ada yang rm10 je????”, tulis Janny.

Warganet yang melihat gelagat bapa Janny turut berkongsi pengalaman yang sama seperti yang dilalui olehnya.

Video tersebut kini telah mendapat 495,000 tontonan, lebih 30,000 diulangkicau dan 38,600 tanda suka.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments