Friday, July 26, 2024
HomeBERITARebecca Nur Al Islam sedia jadi ibu dan membesarkan anak yatim piatu,...

Rebecca Nur Al Islam sedia jadi ibu dan membesarkan anak yatim piatu, Muhammad Arfan Ziqri

Umum mengetahui kisah viral yang menimpa adik Muhammad Arfan Ziqri, berusia dua tahun yang baru sahaja kehilangan kedua ibu bapa dalam sekelip mata pada minggu lalu.

Berita kematian kedua ibu bapa adik Arfan akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai pihak.

Kisah sedih itu membuatkan ramai yang menzahirkan rasa simpati dan sedih apabila mengenangkan nasib yang dilalui oleh adik Arfan yang masih kecil dan memerlukan penjagaan serta kasih sayang ibu bapa.

Perkhabaran sedih ini menarik perhatian pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam yang turut sama berkongsi status berkenaan di entri Instagramnya.

View this post on Instagram

Kalau Tiada waris Yg boleh Menjaga anak Ini,Please 🙏🙏🙏Mummy Becca Nak Jaga❤️… #ComelnyaAwakSayang… Ya Allah,Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yg memikul🙏🌹Salam Takziah kepada Ahli Keluarga anak Ini,Dan Al Fatihah Buat Kedua Ibu Dan bapanya…. . . Posted @withrepost • @pencetusummah_amin Kamu baru 2 tahun , tapi Allah dah ambil ayah dan ibu ke Syurga . Duhai anak , simpan semua doa doa yang kami kirimkan buat ayah ibu mu ini untuk dijadikan kekuatan dalam hidup mu bila dah besar nanti.. . Pada yang ada anak usia 2 tahun di akan tahu bagaimana manja nya anak anak ketika usia ini , tidur , bermain , makan semua nak bersama ayah ibu nya , tapi tidak bagi afan.. . Ya Allah ! Hanya pada mu kami berserah , kau lindung anak ini , kau cukupkan segala kelengkapan untuk diri nya agar menjadi manusia yang baik ! Ya Allah ! Besar ujian ini pada afan , pelihara anak ini Ya Allah, Hanya pada Mu Ya Allah kami berlindung !.. . Ibu dan ayah afan kemalangan dan meninggal dunia di Jalan Syed Putra KL . Hasil bedah siasat arwah ibu afan mengandung kembar . Ayah nya seorang l/k polis dan ibunya seorang pegawai jkr.. . Saya mohon rakan rakan semua bantu saya doakan kebaikan untuk afan dan bacakan Al Fatihah untuk kedua ibu bapanya ❤️

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on

Rebecca meluahkan kesudiannya untuk menjaga adik Arfan sekiranya tiada waris terdekat ingin menjaga dan membesarkan anak kecil terbabit.

Ibu kepada enam cahaya mata ini, turut berasa sedih akan nasib anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa tetapi telah diuji dan diduga seberat ini.

Ibu bapa kanak-kanak terbabit, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27 dan Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin 30 meninggal dunia akibat kemalangan membabitkan sebuah lori di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments