Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAKesan penurunan harga minyak telah diambil kira dalam pengiraan defisit

Kesan penurunan harga minyak telah diambil kira dalam pengiraan defisit

Berhubung isu kemerosotan harga minyak, Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengiraan impak penurunan harga minyak diambil kira dalam pengiraan defisit lebih dari 4% ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam satu kenyataan, beliau berkata ini mencerminkan anggaran defisit sepanjang tahun berdasarkan jangkaan harga minyak yang tertentu dan jika harga minyak merosot hingga ke paras lebih rendah daripada anggaran purata tahunan, pihak kerajaan akan menyusun semula keutamaan perbelanjaan bag mengimbang kejatuhan pendapatan.

“Malah pihak kerajaan juga akan terus memantau perkembangan harga minyak.

“Kementerian memahami perhatian umum terhadap harga minyak, memandangkan ia dipengaruhi faktor-faktor geopolitik global, namun adalah penting untuk memahami bagaimana Malaysia mempunyai asas ekonomi yang pelbagai,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan akan meneliti langkah-langkah untuk penyusunan semula struktur ekonomi bagi meningkatkan kepelbagaian ekonomi, selain daripada melaksanakan dasar fiskal dan kewangan yang lebih baik untuk membangunkan daya tahan ekonomi negara.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157581554728547&id=369244243546

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments