Tuesday, July 16, 2024
HomeDUNIACOVID-19 : Pembersihan & pensterilan berkala Kiswah, permukaan Kaabah & Masjidil Haram...

COVID-19 : Pembersihan & pensterilan berkala Kiswah, permukaan Kaabah & Masjidil Haram dipergiatkan

Mekah, 22 April 2020 : Kerja-kerja pembersihan dan pensterilan berkala Kiswah dan permukaan Ka’bah dilaporkan selesai pada Selasa, 21 April 2020.

The General Presidency of Haramain completed the periodic cleaning and sterilization work of the Kiswah and surface of the Ka’bah.

Dikirim oleh Haramain pada Selasa, 21 April 2020

Menurut laporan Media tempatan, Harmain.info pembersihan dan pensterilan dijadualkan dilakukan hampir setiap hari mengikut blok kawasan tertentu.

Setakat ini jemaah masih tidak dibenarkan untuk solat di sekitar Kaabah.

Sebaliknya jemaah dibenar untuk menunaikan solat di dalam masjid, “roof top” dan perkarangan Masjidil Haram.

Pada 1 April lalu, Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.

Perkara itu dinyatakan Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.

Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.

Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.

Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.

Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.

Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua hambaNya yang sangat kerdil dari wabak pandemik COVID-19.

KepadaMu Ya Allah kami berserah 🙏

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments