Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAKementerian Pengangkutan tetapkan SOP perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan bermotosikal

Kementerian Pengangkutan tetapkan SOP perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan bermotosikal

Terdapat beberapa garis panduan yang harus dipatuhi oleh mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal secara dalam talian.

Perniagaan ini dikategorikan sebagai p-hailing, iaitu perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal yang hanya untuk penghantaran makanan, minuman dan bungkusan sahaja.

GARIS PANDUAN UNTUK PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN DAN BUNGKUSAN MENGGUNAKAN MOTOSIKAL…Mana-mana syarikat yang…

Dikirim oleh Ministry of Transport Malaysia pada Selasa, 21 April 2020

Memetik perkongsian dari laman Facebook Ministry of Transport Malaysia (MOT), antara garis panduan pengoperasian selamat buat perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal (parcel hailing) adalah:

1. Para penunggang adalah diwajibkan;

i. Memiliki lesen memandu penuh (CDL) yang sah
ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun
iii. Bebas daripada senarai hitam JPJ dan PDRM

2. Semua penunggang dinasihatkan untuk mempunyai insurans perlindungan.

3. Semua penunggang hendaklah mematuhi peraturan jalan raya.

4.Kotak mengisi barangan yang digunakan hendaklah mematuhi saiz yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di bawah Kaedah Pembinaan dan Penggunaan.

5. Pihak yang menyediakan perkhidmatan dan penunggang hendaklah sentiasa memastikan keadaan motosikal selamat untuk digunakan.

6. Sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial dan ‘contactless transaction.

7. Semua penunggang dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (face mask) dan menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) serta membasuh tangan secara kerap.

8. Proses sanitasi pembasmian kuman pada kotak penghantaran hendaklah dilakukan setiap hari mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

9. Sekiranya terdapat kes COVID-19 di kalangan pekerja, pihak syarikat perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak KKM untuk melakukan ‘contact tracing’.

10. Bagi perkhidmatan parcel-hailing yang berdaftar dengan PBT, penunggang dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya mengalami sebarang simptom dan memastikan tiada perkhidmatan dilaksanakan.

11. Semua penunggang diwajibkan memuat turun dan mendaftar di aplikasi MySejahtera serta mengemukakan bukti pendaftaran kepada pihak berkuasa.

Berpandukan garis panduan ini, pihak MOT berharap rakyat Malaysia mendapat keyakinan bahawa penghantaran makanan dan bungkusan mereka selamat dan bersih tanpa risiko pencemaran dalam keadaan negara berdepan pandemik COVID-19.

MOT juga akan terus memantau semua faktor kesihatan dan keselamatan yang berkaitan dengan pengguna serta penyedia pengangkutan awam berdasarkan garis panduan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments