Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAKes Covid-19 kembali meningkat, 4,071 kes direkod semalam

Kes Covid-19 kembali meningkat, 4,071 kes direkod semalam

KUALA LUMPUR, 20 Ogos : Kes harian COVID-19 kembali meningkat semalam kepada 4,071 kes direkodkan.

Laman sesawang COVIDNOW melaporkan jumlah kes baharu semalam itu membabitkan 4,069 kes penularan tempatan, manakala dua lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Pertambahan kes harian itu menjadikan kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kepada 4,749,000 kes.

Sehingga kini juga 42,476 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19. Ia membabitkan 96.1 peratus atau 40,826 kes yang menjalani kuarantin wajib di rumah, hospital (1,542 kes) dan 27 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Selain itu, terdapat sejumlah 81 pesakit COVID-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan wad ICU kini berada pada paras 62.5 peratus, bagaimanapun hanya 21.7 peratus digunakan pesakit COVID-19.

Dari segi korban, semalam juga merekodkan tujuh lagi kematian dan satu daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments