Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITABN Terengganu optimis tawan kembali 12 kerusi Dun, 5 kerusi Parlimen

BN Terengganu optimis tawan kembali 12 kerusi Dun, 5 kerusi Parlimen

KUALA TERENGGANU, 20 Ogos – Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu optimis untuk merampas kembali 12 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Menurut Setiausaha BN negeri, Datuk Rozi Mamat, antara kerusi Parlimen diyakini mampu dirampas semula BN adalah Kemaman, Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, selain mengekalkan kerusi Parlimen Besut.

Untuk rekod, empat kerusi Parlimen iaitu tiga milik PAS dan satu milik BERSATU dimenangi dengan majoriti di bawah 10,000 undi.

Memetik laporan Berita Harian, keyakinan UMNO merampas semula 12 kerusi DUN yang kini dikuasai PAS, berdasarkan kemenangan tipis PAS iaitu di bawah majoriti 3,000 undi.

“Berdasarkan keputusan PRU lalu, ada calon PAS hanya memenangi kerusi dengan majoriti di bawah 100 undi iaitu di DUN Jabi dan Ajil.

“Kerusi yang kini dikuasai BN adalah DUN Kijal, Bukit Besi, Telemong, Seberang Takir, Batu Rakit, Permaisuri, Kuala Besut, Hulu Besut, Jertih dan Langkap,” katanya.

Datuk Rozi berkata, 12 kerusi yang kini dikuasai PAS dan diyakini mampu dirampas semula adalah DUN Chukai, Air Putih, Kemasik, Paka, Rantau Abang, Pengkalan Berangan, Alor Limbat, Kuala Berang,Ajil, Ladang, Jabi dan Kota Putera.

“Selain keyakinan berdasarkan majoriti dimenangi PAS di bawah 3,000 undi, kegagalan kerajaan negeri menunaikan beberapa janji pada PRU lalu turut mempengaruhi pengundi,” katanya.

Setakat ini, UMNO bahagian Hulu Terengganu berkata, BN negeri sudah menggerakkan seluruh jentera membuat persiapan menghadapi PRU-15.

“Gerak kerja dilakukan seluruh jentera BN kini sudah memasuki fasa terakhir.

“Hasil kajian dilakukan Wanita UMNO negeri, kita yakin bukan saja mampu merampas 12 kerusi selain mengekalkan kemenangan di 10 kerusi DUN, malah beberapa lagi kerusi yang kini dikuasai PAS akan kembali semula kepada BN,” katanya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments