Friday, July 19, 2024
HomeBERITAEPU akan selaraskan blueprint Agenda Negara Menua - PM

EPU akan selaraskan blueprint Agenda Negara Menua – PM

PUTRAJAYA, 19 Ogos – Malaysia telah menjadi negara menua (ageing nation) pada tahun 2021 dan dijangka menjadi negara tua (aged nation) pada tahun 2044.

Sehubungan itu, kerajaan bersetuju dengan mekanisme mengarus perdana agenda negara menua dan penyediaan satu blueprint Agenda Negara Menua (ANM) yang akan diselaraskan oleh EPU, JPM.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Bilangan 2 Tahun 2022 yang turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kanan serta Ketua Jabatan dan Agensi di Putrajaya siang tadi.

Kata beliau negara menua ditakrifkan sebagai populasi yang berumur 65 tahun ke atas mencapai 7 peratus daripada jumlah populasi.

Manakala negara tua ditakrifkan sebagai populasi yang berumur 65 tahun ke atas mencapai 14 peratus daripada jumlah populasi.

Dalam pada itu, kerajaan komited dalam mencapai matlamat sifar miskin tegar menjelang penghujung tahun 2025.

Ia menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang telah mula pada akhir bulan April 2022 bagi Fasa 1 yang membabitkan 80 lokaliti dan kira-kira 5,000 Ketua Isi Rumah (KIR) secara rintis.

Pelaksanaan BMTKM akan menggunakan pendekatan baru yang lebih holistik, bersepadu dan berfokus dengan tumpuan kepada aktiviti penjanaan pendapatan dalam kalangan KIR miskin tegar secara mampan.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments