Monday, July 15, 2024
HomeBERITAPrestasi perbelanjaan pembangunan (DE) catat kadar 50.35 peratus setakat 15 Ogos 2022

Prestasi perbelanjaan pembangunan (DE) catat kadar 50.35 peratus setakat 15 Ogos 2022

PUTRAJAYA, 19 Ogos – Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan (DE) tahun 2022 catat kadar 50.35 peratus setakat 15 Ogos 2022.

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri semua kementerian digesa meningkatkan prestasi perbelanjaan.

Jelas Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, peruntukan yang tidak dibelanjakan perlu diserahkan kembali kepada Kementerian Kewangan untuk diagihkan semula kepada kementerian-kementerian yang memerlukan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) Bilangan 2 Tahun 2022 yang turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kanan serta Ketua Jabatan dan Agensi.

“Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 dan juga Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara (JP4N) akan terus meneliti isu dan cabaran semasa bagi mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dalam tempoh RMKe-12, demi manfaat kepada Keluarga Malaysia.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) menyediakan Kajian Separuh Penggal (KSP)
RMKe-12 bagi meneliti dan menyemak semula dasar dan sasaran sedia ada agar matlamat pembangunan yang disasarkan dapat dicapai,” katanya.

Ujar Dato’ Seri Ismail Sabri proses ini akan bermula pada September 2022 hingga September 2023.

“Selaras dengan sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan pada tahun 2025, mesyuarat bersetuju
untuk membuat pemantauan rapi dan berterusan ke atas pencapaian indikator utama dan memastikan pelaksanaan intervensi yang perlu ekoran ketidaktentuan ekonomi dunia, konflik geopolitik yang mempengaruhi kenaikan inflasi serta perubahan struktur ekonomi negara yang perlahan,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments