Monday, May 13, 2024
HomeBERITAKerajaan tidak iktiraf status pelarian - Menteri Dalam Negeri

Kerajaan tidak iktiraf status pelarian – Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin menyatakan pihak KDN mengambil maklum akan kegusaran awam yang timbul berhubung pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) daripada etnik Rohingya.

Setakat Mac 2020, terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR yang tinggal secara sementara di Malaysia.

Memetik kenyataan media, beliau berkata daripada jumlah terbabit, 56.6% atau 101,584 orang adalah daripada etnik Rohingya.

Ironinya, tambah beliau Malaysia bukanlah negara pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967 dan negara ini  tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

“Kerajaan juga tidak mengiktiraf status pelarian dan telah mengklasitikasikan mereka sebagai Pendatang Asing Tanpa lzin (PATI) yang memegang kad UNHCR.

“Namun begitu, atas dasar kemanusiaan, Kerajaan telah membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNCHR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’ ,” ujar beliau.

Hasil semakan KDN mendapati Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di Malaysia.

“Justeru, mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Oleh yang demikian, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada Kerajaan,” katanya.

KDN melalui jabatan dan agensi di bawahnya, komited dalam memastikan ketenteraman awam akan terus terpelihara dari masa ke masa.

Sebarang tindakan dari pemegang Kad UNHCR yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan bertentangan dengan undang-undang negara tidak akan terlepas daripada tindakan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 19 laporan terhadap pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya.

Susulan itu, empat kertas siasatan telah dibuka.

Dalam perkembangan sama, dua tekong warganegara Myanmar bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyeludup masuk PATI yang memegang kad UNHCR ke dalam negara.

Dalam pada itu, Dato’ Seri Zainuddin turut menjelaskan susulan tindakan pihak berkuasa Malaysia pada 17 April lalu di mana tidak membenarkan bot yang membawa etnik Rohingya memasuki kawasan perairan negara.

Katanya, langkah itu adalah berlandaskan undang-undang bagi menjaga kedaulatan sempadan negara daripada diceroboh.

Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa Malaysia telah mengagihkan bekalan makanan sebelum mengiringi bot tersebut keluar dari kawasan perairan negara

Dan tindakan memperketatkan sempadan termasuk lorong-lorong tikus bagi menghalang pencerobohan PATI, adalah selari dengan langkah kerajaan menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Katanya, pelbagai agensi di bawah KDN akan terus bersiap siaga bagi menghalang sebarang pencerobohan di sempadan mahupun perairan negara.

Sementara itu, PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia dingatkan agar terus menghormati dan mematuhi undang-undang di negara ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3355863424434267&id=195105060510135?sfnsn=mo

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments