Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKKM terus terima sumbangan

KKM terus terima sumbangan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus menerima sumbangan COVID-19 dari syarikat korporat.

Antara penyumbang yang hadir adalah Kumpulan GEELY (DRB-Hicom), Novartis Corporation (M) Sdn. Bhd, Wellous Sdn. Bhd. & SVO Group Berhad, Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd, Wellous Sdn. Bhd. & SVO Group Berhad, Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd, Baby Product Association Malaysia (BPAM), Korean Chamber Of Commerce Malaysia (KOCHAM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Farm Fresh Milk Sdn. Bhd Asia Spillwell Pte. Ltd. (Singapore), T7 Global Berhad, Perniagaan Seras Sdn. Bhd Yayasan NURJIWA (YNJ), China Rainbow International Investment Co. Ltd Dan Tellhow Ir-Tech Co. Ltd dan juga Kainan Sdn. Bhd.

Putrajaya, 30 April 2020 – YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah hadir ke Majlis Penyerahan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 30 April 2020

Antara sumbangan yang diterima :

Kumpulan GEELY (DRB-Hicom) menyerahkan sumbangan berupa 3 ply Surgical Mask, Pakaian PPE, Goggles dan PL700 ADV Ventilators bernilai RM5.5 Juta.

Novartis Corporation (M) Sdn. Bhd pula menyerahkan sumbangan berupa 2,000 set cap, 2,000 set jumsuite dan 2,000 set boot cover bernilai RM1,077,500.00 dan 10,000 botol hand sanitizer bernilai RM70,000.00.

Wellous Sdn. Bhd. & SVO Group Berhad menyerahkan sumbangan berupa 10,000 unit PPE Suits bernilai RM900,000.00.

Manakala Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd pula menyerahkan sumbangan berupa 20,000 unit Covid-19 Test Kits bernilai RM593,600.00

Baby Product Association Malaysia (BPAM) menyerahkan sumbangan berupa 25,000 pek Alcosm Disinfectant Wipes bernilai RM500,000.00.

Korean Chamber Of Commerce Malaysia (KOCHAM) pula menyerahkan dua sumbangan berupa Covid-19 Test Kits bernilai RM56,892.00 dan RM395,358.60 ke Tabung Covid-19 KKM dengan nilai keseluruhan yang berjumlah RM482,250.60.

Bagi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula menyerahkan sumbangan berupa Powered Air Respirators (PAPR) dan Personal Protective Equipment (PPE) kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang bernilai RM160,000.00.

Seterusnya Farm Fresh Milk Sdn. Bhd menyerahkan sumbangan berupa RM100,000.00 ke Tabung Covid-19.

Asia Spillwell Pte. Ltd. (Singapore) menyerahkan sumbangan berupa 10,000 keping Topeng Muka N95 (KN95) bernilai RM86,906.00.

T7 Global Berhad menyerahkan sumbangan berupa 1 unit Nuctect Fever Block Screening System dan 10,000 pcs of medical mask bernilai RM80,000.00.

Perniagaan Seras Sdn. Bhd pula menyerahkan sumbangan berupa 1 unit Gem Primer 3500 Blood Gas Analyser bernilai RM70,000.00.

Manakala Yayasan NURJIWA (YNJ) yang diwakili oleh Pengerusi Yayasan NURJIWA yang juga penyanyi terkenal, Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin menyerahkan sumbangan berupa 2,000 set PPE bernilai RM66,000. Sumbangan ini adalah usaha Yayasan Nurjiwa yang melancarkan dana Peduli Kemanusiaan Prihatin (PKP).

China Rainbow International Investment Co. Ltd Dan Tellhow Ir-Tech Co. Ltd menyerahkan sumbangan berupa 1 unit IR Thermal Imaging and Non-Contact Human Temperature Screening Machine bernilai RM49,990.00.

Sumbangan yang terakhir adalah dari Kainan Sdn. Bhd yabg menyerahkan sumbangan berupa 400 keping Topeng Muka N95 (95 & 3M) bernilai RM8,000.00

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menzahirkan rasa berterima kasih kepada semua penyumbang yang terlibat dan sentiasa memberikan sokongan dalam menangani wabak COVID-19 di negara ini.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr Adham bin Baba mewakili pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut hadir bersama di majlis berkenaan adalah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia I, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM Dato’ Mohd Shafiq Abdullah.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments