Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAKKM terima Rapid Test Kit dari Korea Selatan hari ini, beri keutamaan...

KKM terima Rapid Test Kit dari Korea Selatan hari ini, beri keutamaan Sabah dan Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerima kumpulan pertama kit ujian pantas atau ‘Rapid Test Kit’ (kit ujian pantas) yang diimport dari Korea Selatan hari ini dengan memberi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 50,000 kit akan diterima dan sebahagiannya akan diletakkan untuk kegunaan di pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Penggunaan ‘Rapid Test Kit’ ini kita akan letakkan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak sebab penggunaan ini mungkin boleh dilaksana disana serta ada kelebihan dari segi jangka masa yang diambil cepat dan boleh dilaksana di point of care.

“Kalau kita lihat dari segi logistik di Sabah dan Sarawak iaitu dari segi pengangkutan spesismen dan sebagainya, jadi dengan menggunakan kaedah ‘Rapid Test Kit’, kita akan bagi keutamaan kepada kedua-dua negeri ini,” ujar beliau.

KKM juga akan menempatkan dua kabinet biosafety di KLIA dan petugas kesihatan boleh melaksanakan ujian menggunakan rapid test kit untuk penumpang-penumpang yang tiba di sana.

Tambahnya, ‘Rapid Test Kit’ akan mula diagih dan dilaksanakan minggu hadapan dan semua staf-staf yang terlibat akan dilatih cara penggunaan antigen ‘Rapid Test Kit’ terbabit.

KIT UJIAN PANTAS : KKM BERI KEUTAMAAN KEPADA SABAH DAN SARAWAKKKM akan menerima 50,000 rapid test kit yang diimport…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 29 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments