Kerajaan Negeri Terengganu membuat pembayaran gaji lebih awal bagi bulan Mac kepada seluruh Pegawai-Pegawai, Ketua Jabatan dan Ketua Pusat Tanggungjawab Jabatan Kerajaan Negeri.

Pelaksanaan pembayaran gaji bagi tahun 2020 yang tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Terengganu yang ditetapkan setiap 25hb akan dipinda kepada Khamis ini, 19 Mac 2020.
“Semua jabatan atau PTJ hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam surat perkeliling ini.
“Ini bertujuan bagi memastikan pembayaran gaji dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual yang ditetapkan,” ujar Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Zainal Abidin Hussin.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply