Saturday, July 27, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Dua kematian, peningkatan 120 kes terbaharu dalam negara

COVID-19 : Dua kematian, peningkatan 120 kes terbaharu dalam negara

Dua kematian akibat wabak COVID-19 melibatkan kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC hari ini.

Kes ke-178 terbabit merupakan lelaki warga Malaysia, berumur 34 tahun dan pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling baru baru ini.

Beliau mula bergejala bermula 5 Mac 2020 dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas disahkan positif COVID-19.

Keadaan beliau semakin merosot dan dimasukkan ke ICU namun disahkan meninggal dunia pada hari ini.

Manakala kes ke-358 merupakan lelaki warga tempatan, berumur 60 tahun dan mempunyai sejarah kronik.

Beliau mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID-19 dan disahkan turut meninggal dunia pada hari ini.

Dalam pada itu, 120 lagi kes baharu dalam negara menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 673 kes setakat hari ini.

95 daripada kes terbaru terbabit berkait rapat dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 kes setakat ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments