Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAUsaha kembalikan dana 1MDB diteruskan - Perdana Menteri

Usaha kembalikan dana 1MDB diteruskan – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan agar usaha untuk menjejak dan mengembalikan dana 1MBD dari pelbagai negara terus dilaksanakan.

Memetik kenyataan media, Perdana Menteri telah diberikan taklimat khas oleh pasukan petugas yang dipertanggungjawabkan untuk menjejak dana 1Malaysia Development Bhd (1MBD) di luar negara.

“Pasukan ini terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

“Dalam taklimat itu, Perdana Menteri dimaklumkan bahawa sejumlah RM1.4 bilion dana telah berjaya dikembalikan hasil usaha pasukan petugas berkenaan, manakala sebanyak RM6.9 bilion lagi telah dikenal pasti,” ujar beliau.

Pasukan petugas turut memberikan perincian tindakan yang telah dilaksanakan untuk membawa pulang dana 1MBD yang disyaki disalahgunakan di 17 buah negara.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments