Friday, July 26, 2024
HomeBERITAKerajaan Indonesia kritik perairan negara, nama Malaysia tercalar di mata dunia -...

Kerajaan Indonesia kritik perairan negara, nama Malaysia tercalar di mata dunia – Dato’ Seri Hishammuddin Hussein

Ahli Parlimen Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein menyelar tindakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang masih belum berhubung mahupun berjumpa dengan rakan sejawatan berkenaan kenyataan media Timbalan Menteri Luar Indonesia yang mengkritik tahap keselamatan perairan negara.

“Timbalan Menteri Luar Indonesia kata, ini kerana koordinasi atau keterlibatan pihak berkuasa di Malaysia tidak efektif.

“Hari ini, satu siaran akhbar dikeluarkan bagi menjelaskan insiden penculikan tersebut, tetapi 4 daripada 5 perenggan hanya menjelaskan tentang kesepakatan Malaysia, Indonesia dan Filipina untuk menjaga perairan Laut Sulu,” katanya.

Beliau menambah inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) merangkumi Trilateral Maritime Patrol dan Trilateral Air Patrol yang bermula semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan berperanan baik.

“Bukan TCA sahaja, banyak lagi perancangan pertahanan dapat dilaksanakan dengan cepat serta tersusun kerana keakraban hubungan saya dengan Menteri Pertahanan Indonesia dan Filipina.

“Kita bukan jenis suka tunggu lama-lama baru nak fikir inisiatif. Ini kerana, kita sedar ancaman keselamatan boleh berlaku bila-bila masa.

“Masalahnya, dah dekat dua tahun Mat Sabu terajui MINDEF, kenapa masih tiada perkembangan baru dan usaha pemantapan inisiatif TCA ini?

Kalau ya pun tak suka inisiatif yang dimulakan BN, beritahulah apa perancangan PH untuk perkukuh keselamatan khususnya di kawasan perairan Sabah?,” tambahnya.

Melalui perkongsian di laman Facebooknya, Hishammuddin turut berkata beliau sentiasa yakin

dengan kemampuan ATM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mahupun Markas Angkatan Bersama (MAB), namun Menteri Pertahanan mesti bertanggungjawab dan berperanan.

“Sekarang Kerajaan Indonesia tanpa berselindung mengecam pasukan keselamatan.

“Ni dah 2 hari sejak kerajaan Indonesia kritik pasukan keselamatan kita, masih tidak dimaklumkan bahawa Menteri kita telah berjumpa atau menghubungi rakan sejawat di Indonesia untuk menjernihkan keadaan.

“Pergi ke berpuluh negara termasuk Iran sejak jadi Menteri Pertahanan boleh?,” ujarnya.

Mengakhiri perkongsiannya, beliau turut menyatakan tindakan Mohamad Sabu ini menyebabkan nama Malaysia tercalar di mata dunia.

Kritikan terbuka yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia berikutan tragedi penculikan lapan warga Indonesia yang berlaku di Sabah pada minggu lalu.

Namun tiga daripada mereka dilepaskan, manakala lima yang lain mungkin dibawa oleh penculik ke wilayah Sulu di selatan Filipina.

Tentera Filipina telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat bagi lima nelayan Indonesia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di perairan Malaysia pada minggu lalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments