Sunday, July 14, 2024
HomeDUNIAJepun dibanjiri pekerja haram berikutan pengecualian visa

Jepun dibanjiri pekerja haram berikutan pengecualian visa

TOKYO : Kira-kira 9,649 rakyat Thailand dan Indonesia dikenal pasti tinggal di Jepun secara haram sejak Julai tahun lalu.

Ia berikutan pengecualian visa bagi lawatan singkat.

Akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan, jumlah itu meningkat dua kali ganda sejak kerajaan memperkenalkan pengecualian visa itu.

Kebanyakan mereka datang ke Jepun sebagai pelancong, namun bekerja secara haram di ladang berdekatan Lapangan Terbang Narita di wilayah Kanto.

Kes seumpamanya dijangka meningkat pada masa hadapan.

Pada Julai 2013, kerajaan mengecualikan pelancong dari Thailand mendapatkan visa untuk lawatan selama 15 hari atau kurang dan pada Disember 2014 pula ia diberikan kepada pelancong Indonesia, dalam usaha kerajaan menarik pelancong dari negara Asia.

Menurut Agensi Perkhidmatan Imigresen, pelancong Thailand untuk lawatan singkat meningkat 1.72 kali ganda daripada 633,471 (2014) kepada 1,095,497 (2018), manakala pelancong Indonesia meningkat 2.56 kali ganda iaitu 137,725 orang kepada 353,455 orang.

Petani di Chiba dan Ibaraki berhampiran Lapangan Terbang Narita melihat ‘pelancong palsu’ itu boleh digunakan sebagai buruh murah apabila diperlukan, melalui orang tengah.

“Mereka haram dan murah untuk digunakan, tiada pemeriksaan dilakukan. Jadi, ia sangat selesa,” kata petani berusia 70 tahun yang menanam bawang hijau di Asahi, Chiba.

Namun, pada November lalu, lelaki berkenaan ditahan pihak polis Chiba kerana membantu pekerja haram mengikut Undang-undang Imigresen Kawalan dan Pengiktirafan Pelarian serta didenda RM18,600.

Dalam kes berkenaan, wanita Thailand yang menjadi orang tengah merekrut pekerja haram dengan komisyen RM11,148 setiap orang itu turut ditahan dan didenda RM18,600. – Yomiuri Shimbun/ANN

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments