Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAArab Saudi perbaharui perkhidmatan teksi hijau yang mesra alam dan kemudahan teknologi...

Arab Saudi perbaharui perkhidmatan teksi hijau yang mesra alam dan kemudahan teknologi terkini

JEDDAH: Menteri Pengangkutan dan Pengarah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA), Saleh Al-Jasser, melancarkan teksi moden di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh.

Sebagai hasil kerjasama antara PTA dan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan (SCTH), perkhidmatan teksi di bawah seliaan kerajaan serta berwajah baru dan menjadi lebih mesra alam, kini akan dilengkapi dengan meter elektronik dan kemudahan pembayaran,  serta sistem tambang yang diselia.

Rumaih Al-Rumaih, Presiden PTA berkata: “teksi baru dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi terkini dan sejajar dengan sistem pengangkutan awam.”

Pelancaran ini salah satu daripada perkembangan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi pengangkutan awam, meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk rakyat dan penduduk, serta menyediakan peluang pekerjaan, tambah Al-Rumaih.

Sistem baru yang akan dilaksanakan, kenderaan hanya boleh menjadi teksi berlesen jika mereka telah beroperasi kurang dari lima tahun.

Kenderaan hijau ini akan dipantau dan dijejaki untuk proses mengekalkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan pemandu, dilengkapi dengan skrin yang menyokong Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris untuk mengira tambang, maklumat pemandu  dan menyediakan cara untuk berkomunikasi dengan pusat dalam menerima arahan.

Mereka akan dilengkapi dengan peta pintar, Wi-Fi percuma, dan perkhidmatan aplikasi mudah alih yang akan memanggil teksi terdekat.

Teksi baru ini akan berada di sekitar lapangan terbang di pusat bandar, sebelum menjadi lebih mudah diakses dari masa ke masa apabila lebih banyak teksi akan dilesenkan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceARAB NEWS
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments