Kumpulan K-Pop baru yang ‘debut’ pada tahun 2020

0

Jom kita kenali anggota kumpulan K-Pop baru yang buat kemunculan pertama tahun 2020!

1. B Of You (B.O.Y.)

Kim Kookheon dan Song Yuvin dahulunya bekas anggota Myteen muncul dalam program nyanyian “Produce X 101” tahun lalu.

Namun Kookheon telah disingkirkan semasa episod terakhir manakala Yuvin tidak berjaya terpilih sebagai salah seorang anggota X1.

Berikutan itu agensi mereka, The Music Works mengumumkan kedua idol ini akan ‘debut’ sebagai duo di bawah nama kumpulan baru iaitu B.O.Y.

Sebagai permulaan karier baru, B.O.Y secara rasmi telah ‘debut’ pada 7 Januari dengan album mini “Phase One: You”.

2. DKB

Kumpulan lelaki Korea terdiri daripada sembilan anggota di bawah Brave Entertainment.

Posisi masing-masing seperti: E-Chan (Rapper & Dancer), D1 (Vokalis/ Dancer/ Acrobatics), Lune (Vokalis), Heechan (Dancer), GK (Rapper), Junseo (Dancer/DJ), Teo (Vocalis/ Acrobatics), Yuku (Vokalis/Dancer/DJ) dan Harry-June (Dancer)

Kpop idol ini dijangka memulakan permulaan kerjaya mereka pada 3 Februari 2020 dengan mini album “Youth”.

3. 2Z

2Z mengeluarkan album EP pertama mereka “WE Tuzi” dan membuat ‘debut’ mereka di program realiti Countdown M, Music Bank, Simply K-pop Arirang TV dan Inkigayo SBS pada 14 Januari 2020.

Kumpulan yang terdiri daripada 5 ahli, Hojin sebagai vokal utama, Hyunwoong rapper, Jisub posisi gitar & sub vokal, Junghyun sebagai gitar bass, dan Bumjun sebagai pemain drum.

Sebelum melancarkan album ‘debut’ mereka secara rasmi 2Z mengeluarkan lagu “My First Hero” yang berkonsepkan genre rock di pelbagai pertunjukkan muzik.

4. DUSTIN

K-pop Idol yang terdiri daripada 7 orang ahli, Kim Yoon, Hwani, Seunghan, BEL, JJ, Siu dan Daon.

Kumpulan lelaki dibawah naungan LPA Entertainment ini memulakan kerjaya pada 5 Januari 2020 dengan album tunggal “Burn”.

5. C9 Girlz

Terdahulu, C9 Entertainment mendedahkan berita di laman sosial akan melancarkan kumpulan wanita terbaru mereka bernama C9 Girlz.

C9 Girlz bakal ‘debut’ pada 3 Februari 2020 dengan single “Nun Nu Nan Na”.

Kumpulan ini terdiri daripada Chaesol, Jeewon, Yeah, Sunn, Seline, Belle, dan Semi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply