Friday, July 26, 2024
HomeBERITAKenali jenis kening yang sesuai mengikut bentuk wajah

Kenali jenis kening yang sesuai mengikut bentuk wajah

Kening itu bingkai wajah.

Membentuk kening bertujuan menutup serabut agar nampak lebih kemas. Ianya haruslah sesuai dengan bentuk wajah agar lebih menarik dan tidak kelihatan janggal.

Jom kenali jenis kening yang sesuai mengikut bentuk wajah anda

1. Wajah bulat

Wajah bulat memiliki ruang pipi yang lebar dan juga seluruh wajah lebih besar.

Untuk memberi efek wajah yang lebih tirus, cipta harus ‘arch’ setinggi yang boleh. Ini akan membuatkan wajah kelihatan seperti memiliki efek ‘lifting’.

2. Wajah empat segi

Wajah begini memiliki rahang yang cukup jelas kelihatan.

Jika solekan kening tidak kena, ini akan membuatkan wajah bertambah kasar. Apa yang perlu dibahagian garis kening (arch) haruslah lebih lembut dan natural.

3. Wajah bujur

Wajah seperti ini tiada sebarang peraturan, kerana dimensi wajah nampak lebih semulajadi.

Bentuk lakaran yang lembut, tetapi masih memiliki garis lengkung.

4. Wajah panjang

Setiap kali melakar garisan kening, biarkan lebih panjang sehingga hujung. Ini memberi efek lebih seimbang.

5. Wajah diamond

Anda harus mencuba solekan kening yang lebih melengkung dan membulat. Jangan terlampau melengkung kerana ia akan buat wajah nampak kelakar.

6. Wajah hati atau heart

Bentuk kening sepertimana wajah diamond.

Berikan efek garis lengkung pada bucu kening, dengan efek yang lebih halus dan lembut. Tidak perlu terlalu berpetak pada lengkungan ini kerana cara begitu membuatkan wajah kelihatan tua.

Disarankan agar anda memilih tona kening yang lembut dan tidak terlalu pekat warnanya.
Ini bertujuan agar kening tampak lebih semulajadi selain dari mengelak wajah terlihat garang dan tua.

Semoga bermanfaat.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments