Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKejam! Haiwan hidup terperangkap di dalam rantai kunci menjadi produk jualan

Kejam! Haiwan hidup terperangkap di dalam rantai kunci menjadi produk jualan

Hobi membela haiwan peliharaan seperti kucing, ikan dan kura-kura adalah sikap yang terpuji.

Selagi tidak mengganggu, mengubah cara hidup dan keperluan haiwan ini, ianya tidak menjadi kesalahan malah sangat digalakkan dalam agama.

Namun apa yang sering berlaku adalah manusia telah mengubah cara hidup semulajadi haiwan ini.

Sebagai contoh, mengurung burung di dalam sangkar. Cara begini bertentangan dengan kehidupan sebenar semulajadi burung yang sepatutnya terbang bebas di udara.

Begitu juga ikan dan kura-kura yang sepatutnya dibiarkan berenang di dalam kolam atau kawasan yang besar serta selesa sebagai habitatnya.

Walaubagaimanapun, menerusi platform media sosial Facebook, perkongsian anak kura-kura dimasukkan ke dalam rantai kunci plastik mengandungi air yang sangat kecil saiznya, kemudian dijadikan hiasan di leher menimbulkan kemarahan ramai.Sangat kejam dan tiada perikemanusiaan!

Sedih sungguh apabila melihat haiwan kecil yang tidak berdaya ini diperlakukan begitu. Tidak ada perasan kasihankah di dalam hati mereka? Sudah habis buah fikirankah dalam membuat perhiasan diri sehingga timbulnya idea kejam begini?

Ada pula sesiapa yang sanggup menggayakan rekaan baru ini? Bukan saja kelihatan pelik dan jauh dari kreatif, malah terlihat kejam.

Buat anda, berhentilah menyokong penderaan ke atas haiwan.

Jangan pula dijadikan fesyen terkini memakai perhiasan sebegini. Sungguh kejam!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

May they trapped too in the next world.. Ya Allah.

Posted by Ali Gosh on Saturday, 20 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments