Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAAduh, nak nangis ke nak marah? Lain macam kreatif si anak luah...

Aduh, nak nangis ke nak marah? Lain macam kreatif si anak luah sayang pada bapa

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut setiap 21 Jun, rata-rata warganet menzahirkan penghargaan di atas pengorbanan ayah dan suami yang bergelar bapa.

Ada yang membeli kek, menyediakan hidangan makan istimewa dan menghadiahkan barang kegemaran si ayah.

Tidak ketinggalan ada pula memberikan ucapan indah dalam kad ucapan, menerusi pesanan ringkas telefon dan juga di laman media sosial masing-masing.

Namun, luahan penghargaan yang satu ini sangat berbeza. Si anak menyampaikannya dengan cara menulis ucapan Hari Bapa di permukaan kereta ayahnya menggunakan barangan tajam! Aduhai, terguris hati si ayah dik!!! 😖

Mungkin selepas ini, ibu dan ayah perlu menyediakan alatan tulis dan memberitahu si anak bahawa mereka lebih suka jika ucapan diluahkan di atas kertas atau kad sahaja 😅.

Huhuhu! Bertabahlah ayah!

Selamat Hari Bapa buat semua bapa di luar sana 👨‍👧‍👦

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments