Friday, May 24, 2024
HomeBERITAKebakaran kilang kitar semula tidak sebabkan pencemaran alam sekitar

Kebakaran kilang kitar semula tidak sebabkan pencemaran alam sekitar

Berikutan kebakaran kilang Sun Hup Huat Enterprise Sdn. Bhd di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang dipercayai terbakar berpunca dari batangan lusuh, Jabatan Alam Sekitar Negeri (JAS) Johor mengesahkan tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar di sekitar kawasan yang terlibat.

Dalan satu kenyataan media, Jabatan Alam Sekitar menyatakan pemantauan lanjut kualiti udara di sekitar kawasan kejadian mendapati tahap kualiti udara tidak terjejas berdasarkan bacaan Total Volatile Organic Compound (TVOC) yang sangat rendah daripada tiga (3) buah stesen pengawasan automatik udara berhampiran yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri dan sekitar Pelabuhan Johor.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui JAS telah memasang sebanyak 25 buah stesen Photo Ionization Detector (PID) di sekitar bandar ini serta menempatkan dua (2) unit makmal bergerak iaitu Gas Chromatography – Mass Spectrometry (GCMS) dan Gas Chromatography – Flame lonization Detector (GCFID) yang telah beroperasi sejak Januari 2020.

Pasir Gudang menjadi bandar industri pertama dilengkapi dengan sistem pengawasan yang akan memantau kualiti udara secara masa nyata (real time) bagi memberi amaran awal sekiranya berlaku sebarang insiden pencemaran.

Terdahulu, kilang yang menjalankan perusahaan kitar semula plastik, kertas dan besi telah terbakaf dimana dipercayai berpunca dari stor barang-barang lusuh pada awal pagi 1 Mac lalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments