Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi ke Mahkamah Tinggi hari ini

0

Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di kompleks Mahkamah Tinggi pagi tadi.

Kedua-dua pemimpin berkenaan akan berhadapan perbicaraan kes dakwaan yang telah diterima sebelum ini.

Dato’ Seri Mohd Najib berhadapan dengan tujuh pertuduhan membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri ini didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram milik SRC International.

Manakala, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berdepan lebih 40 pertuduhan membabitkan dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram milik dana Yayasan Akal Budi bernilai lebih RM100 juta.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply