Thursday, November 19, 2026
HomeBERITA6 tanda penyakit Limfoma yang boleh dikesan

6 tanda penyakit Limfoma yang boleh dikesan

Limfoma adalah kanser berkaitan sejenis sel iaitu limfosit yang terlibat dengan sistem imunisasi manusia.

Sistem limfa (darah) dalam pada badan manusia adalah terdiri daripada sel-sel limfosit yang melalui jaringan saluran limfa ke seluruh badan dan juga kelenjar limfa.

Limfoma atau dikenali sebagai kanser darah boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal melalui ujian saringan.

Antara tanda-tanda penyakit Limfoma dapat dikesan seperti berikut:

1) Ruam dan kegatalan kulit
2) Demam berpanjangan
3) Hilang berat badan
4) Hilang selera makan
5) Keletihan dan tidak bertenaga
6) Pembengkakan kelenjar limfa atau hati dan limpa

Sebab-sebab sebenar kanser ini terjadi adalah tidak diketahui puncanya tetapi terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh menyumbang kepada Limfoma.

Jika ahli keluarga menghidap kanser ini, anda juga tergolong dalam kumpulan berisiko kerana Limfoma boleh terjadi melalui genetik atau keturunan.

Justeru itu, pengesanan awal amat penting terutama mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit autoimun dan penghidap penyakit keturunan seperti ataxia telangectasia.

Pesakit jangkitan HIV, EBV, Helicobacter pylori dan Hepatitis B & C juga berkemungkinan besar mendapat kanser darah Limfoma.

Jika anda mengalami tanda-tanda berkenaan tidak semestinya anda menghidap Limfoma malah sebaiknya disarankan membuat pemeriksaan terlebih dahulu.

Kira-kira 60% penghidap kanser di Malaysia termasuk Limfoma dikesan di peringkat akhir sekali gus sukar dirawat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments