Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKajian di Turkiye dakwa Vaksin Pfizer jejas kesihatan mata, nerisiko ganggu penglihatan

Kajian di Turkiye dakwa Vaksin Pfizer jejas kesihatan mata, nerisiko ganggu penglihatan

Satu kajian terbaharu oleh sekumpulan penyelidik di Turkiye mencetuskan kebimbangan apabila mendapati bahawa vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech (BNT162b2) berkemungkinan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan mata, khususnya pada bahagian kornea, iaitu struktur lutsinar di hadapan mata yang memainkan peranan penting dalam penglihatan manusia.

Kajian itu membabitkan seramai 64 individu sihat, dan dilakukan secara prospektif ke atas 128 mata.

Penyelidik menumpukan kepada lapisan dalam kornea dikenali sebagai endotelium yang bertanggungjawab mengekalkan ketelusan kornea dengan menyingkirkan lebihan cecair.

Pemerhatian dibuat sebelum individu menerima dos pertama vaksin Pfizer, dan kemudian dua bulan selepas menerima dos kedua.

Hasil kajian menunjukkan perubahan ketara, termasuk:

  • Penebalan pada struktur kornea
  • Penurunan bilangan sel endotelium
  • Peningkatan variasi bentuk dan saiz sel (penurunan hexagonality)

Perubahan ini boleh menjejaskan kejelasan kornea, dan dalam kes jangka panjang yang belum dikaji sepenuhnya, berpotensi menjejaskan penglihatan, menurut laporan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Ophthalmic Epidemiology  pada 14 Julai 2025.

Times of India turut melaporkan bahawa penyelidik memberi amaran bahawa walaupun tiada peserta dalam kajian itu yang mengalami gejala penglihatan serius semasa kajian dijalankan, kejatuhan jumlah sel endotelium dan perubahan dalam struktur kornea harus dipantau lebih lanjut, khususnya dalam kalangan mereka yang sudah mempunyai masalah mata

Sementara itu, Arab Times Online turut memetik dapatan kajian berkenaan dengan menyatakan bahawa peserta kajian mengalami penebalan kornea, penurunan ketumpatan sel endotelium dan peningkatan variasi saiz sel suatu pola yang boleh melemahkan fungsi semula jadi kornea dalam mengawal cecair dan mengekalkan ketelusan.

Setakat ini, Pfizer masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dapatan ini. Dalam dokumentasi keselamatan terdahulu, Pfizer menyatakan bahawa vaksin mereka telah melalui ujian klinikal menyeluruh dengan profil keselamatan yang tinggi.

Di Malaysia, vaksin Pfizer menjadi antara vaksin utama dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejak 2021.

Sehingga kini, berjuta-juta rakyat Malaysia telah menerimanya tanpa komplikasi serius. Namun, pakar kesihatan mata menyarankan agar mana-mana individu yang mengalami gejala seperti penglihatan kabur, silau luar biasa atau ketidakselesaan pada mata selepas vaksinasi segera mendapatkan pemeriksaan lanjut.

The Malaya Post akan terus memantau dan melaporkan sebarang kenyataan susulan daripada Pfizer, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan komuniti saintifik antarabangsa.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments