KUALA LUMPUR, 17 Julai 2025 – Hakim Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, menjadikan beliau individu tertinggi dalam hierarki badan kehakiman Malaysia.
Pelantikan ini diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, menurut peruntukan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
YA Datuk Wan Ahmad Farid menggantikan Ketua Hakim Negara terdahulu yang telah bersara, dan dijadual mengangkat sumpah jawatan serta sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda pada 28 Julai 2025 di Istana Negara.
Turut menerima pelantikan ke jawatan tinggi kehakiman ialah YA Dato’ Abu Bakar bin Jais, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan YA Dato’ Hajah Azizah binti Haji Nawawi, sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang yang bersara.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply