Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAhmad Shabery Cheek dilantik semula Pengerusi FELDA

Ahmad Shabery Cheek dilantik semula Pengerusi FELDA

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2025 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini memaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek telah dilantik semula sebagai Pengerusi FELDA.

Dalam kenyataan rasmi, Dato’ Sri Ahmad Shabery merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui FELDA.

“Saya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui FELDA,” katanya.

Pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA turut menyambut baik pelantikan semula ini serta menyatakan keyakinan bahawa pengalaman, wawasan dan komitmen tinggi beliau akan terus membawa FELDA melangkah lebih jauh, seiring dengan hasrat Malaysia MADANI.

Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments