Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAJumlah jangkitan tertinggi di dunia, lebih 5 juta kes coronavirus di AS

Jumlah jangkitan tertinggi di dunia, lebih 5 juta kes coronavirus di AS

Mengikut laporan dari Universiti Hopkins, Amerika Syarikat (AS) direkodkan negara yang paling teruk dilanda COVID-19 diikuti dengan negara Brazil dan India yang masing-masing mempunyai lebih dari tiga juta dan 2.1 juta jumlah jangkitan.

Pegawai kesihatan AS percaya setiap kes COVID-19 yang dilaporkan, terdapat kira-kira 10 kali lebih ramai yang dijangkiti memandangkan had ujian dan sebilangan besar kes ringan yang tidak dilaporkan.

Kes baharu di negara terbabit merekodkan kira-kira 54,000 kes sehari dan sementara itu menurun dari 70,000 pada separuh kedua bulan Julai dan meningkat hampir 20 negeri serta kes kematian juga meningkat.

Kebanyakan masyarakat di AS tidak memakai topeng muka dan tiada penjarakkan sosial.

Kegagalan AS menahan penyebaran coronavirus telah menyebabkan kebimbangan di negara-negara Eropah.

Menteri kesihatan Itali, Roberto Speranza mengkritik AS dan mengecam keputusan Washington untuk menahan dana dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, serta berasa hairan dengan tindakan Presiden Donald Trump terhadap wabak terbabit.

Donald Trump akhirnya memakai topeng bulan lalu, dan Speranza berkata : “Saya tidak terkejut dengan tingkah laku Trump sekarang; saya sangat terkejut dengan tingkah lakunya sebelumnya.”

Sebilangan besar kritikan di Eropah berpunca dari fakta AS mempunyai masa, pengalaman dari Eropah dan kemampuan perubatan untuk merawat virus yang tidak ada di benua itu ketika pesakit COVID-19 pertama mula mengisi unit rawatan intensif.

Tiga bulan sebelum pemilihan presiden, Trump juga bergelut dengan krisis ekonomi yang berpunca dari wabak terbabit.

Lebih daripada 40 juta rakyat As kehilangan pekerjaan, dengan kadar pengangguran pada 10.2% pada bulan Julai – (turun dari 14.7% pada bulan April).

Presiden AS telah meminta kongres memberi ribuan warga AS cuti dan cukai pengangguran tambahan setelah perbincangan dengan parti Demokrat tidak berjaya.

Trump juga menandatangani arahan eksekutif untuk menyalurkan bantuan ekonomi bagi mereka yang paling teruk terkesan pada sidang akhbar di New Jersey pada hari Sabtu lalu.

Lebih daripada 162,000 orang telah mati akibat virus di AS, dan negara-negara Eropah telah melarang pelancong Amerika, dan pelawat dari negara-negara lain dengan kes yang semakin meningkat.

Negara Perancis dan Jerman kini menjalani ujian saringan terhadap pelancong dari negara-negara “berisiko” termasuk AS.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments