Monday, June 17, 2024
HomeBERITAAgong rasmi Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah kedua di Setiawangsa

Agong rasmi Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah kedua di Setiawangsa

Terkenal dengan sikap rendah diri dan mesra rakyat, Yang di-Pertuan Agong bersama Permaisuri terus mencari peluang menabur bakti kepada masyarakat.

Atas dasar keprihatinan yang tinggi, kerja-kerja amal membantu rakyat diteruskan apabila Al-Sultan Abdullah mewujudkan sebuah lagi pusat rawatan hemodialisis di ibu negara.

Memandangkan jumlah pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun mendorong Yang di-Pertuan Agong menaja sebuah lagi pusat rawatan berkenaan di ibu negara.

Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bertempat di Setiawangsa  merupakan yang kedua selepas yang pertama telah beroperasi di Cheras pada Ogos tahun lepas.

Melalui perkongsian laman media sosial istana_negara menyatakan Al-Sultan Abdullah menyedari  keperluan menyediakan perkhidmatan hemodialisis kepada mereka yang tidak berkemampuan khususnya golongan M40 dan B40.

“Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap nasib rakyat dan pesakit-pesakit buah pinggang kronik yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis.

“Faktor-faktor ini telah mendorong Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda menubuhkan pusatpusat hemodialisis bagi membantu meringankan bebanan kewangan kumpulan berkenaan,” kongsi laman diraja berkenaan.

Pusat rawatan yang dilengkapi dengan 12 mesin itu menerima dan membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dengan kos rawatan pesakit dibiayai YASA yang dahulunya dikenali sebagai sebagai Yayasan Istana Abdul Aziz, atau tajaan atau subsidi daripada badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan majikan.

“Pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di pusat-pusat hemodialisis YASA tidak perlu membayar kos rawatan mereka, ini secara langsung dapat meringankan bebanan kewangan kepada mereka,” titah Al-Sultan Abdullah.

View this post on Instagram

12 Ogos 2020 – Jumlah pesakit buah pinggang memerlukan rawatan hemodialisis yang semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun ini mendorong KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mewujudkan sebuah lagi pusat rawatan berkenaan di ibu negara. Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Setiawangsa itu merupakan yang kedua seumpamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas yang pertama beroperasi di Cheras pada Ogos tahun lepas. Al-Sultan Abdullah menyedari terdapat keperluan untuk memberikan perkhidmatan hemodialisis kepada mereka yang tidak berkemampuan, khususnya daripada golongan M40 dan B40. Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap nasib rakyat dan pesakit-pesakit buah pinggang kronik yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis. Faktor-faktor ini telah mendorong Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda menubuhkan pusat-pusat hemodialisis bagi membantu meringankan bebanan kewangan kumpulan berkenaan. Turut berangkat KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera. Hadir sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Pusat rawatan yang dilengkapi dengan 12 mesin itu menerima dan membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dengan kos rawatan pesakit dibiayai YASA yang dahulunya dikenali sebagai sebagai Yayasan Istana Abdul Aziz, atau tajaan atau subsidi daripada badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan majikan. “Pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di pusat-pusat hemodialisis YASA tidak perlu membayar kos rawatan mereka, ini secara langsung dapat meringankan bebanan kewangan kepada mereka,” titah Al-Sultan Abdullah. Yang di-Pertuan Agong turut bertitah sebanyak dua lagi pusat rawatan hemodialisis akan dibina di Raub dan Pekan, Pahang pada akhir tahun ini dan suku pertama tahun depan. Daulat Tuanku #agongkita #royal #malaysia #yayasan #hemodialisis #yasa

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah sebanyak dua lagi pusat rawatan hemodialisis akan dibina di Raub dan Pekan, Pahang pada akhir tahun ini dan suku pertama tahun depan.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri llisha Ameera turut berangkat ke majlis perasmian pusat rawatan terbabit.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Dato’  Seri Dr Adham Baba.

Daulat Tuanku🙏🏻

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments