Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATanda-tanda anak anda perlukan cermin mata

Tanda-tanda anak anda perlukan cermin mata

Selalukah si kecil anda mengenyit mata sewaktu menonton televisyen atau terpaksa melihat tablet hampir dengan mata?

Ada kalanya matanya merah dan berair kerana selalu menggosok matanya?

Ini mungkin menunjukkan anak anda memerlukan kanta mata.   

Melalui perkongsian info kesihatan Public Health Malaysia, laman media sosial ini menyatakan jika  anak anda sudah pandai bercakap, mereka mungkin sudah mula mengadu mengenai sakit mata di penghujung hari.

Mata mungkin terlalu letih kerana terpaksa fokus dengan mengenyit sepanjang hari.   

Bawalah berjumpa dengan doktor atau optometrist untuk melakukan pemeriksaan mata. Jangan tunggu lama- lama.

Lebih awal mata rabun dikenalpasti dan dirawat, lebih baik untuk perkembangan pembelajaran anak anda.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments