Thursday, June 20, 2024
HomeBERITA400 PATI Filipina di Sabah dihantar pulang

400 PATI Filipina di Sabah dihantar pulang

Seramai 400 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Filipina di Sabah dihantar ke negara asal menaiki kapal dari pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.

Ini merupakan penghantaran siri ke-23 melalui laut pada tahun 2020 melibatkan PATI Filipina dan Indonesia dan menjadikan jumlah keseluruhan pengusiran PATI sepanjang tahun ini adalah seramai 5,645 orang.

Melalui laman media sosial Majlis Keselamatan Negara, jabatan terbabit menyatakan penghantaran PATI ini merupakan salah satu usaha dan komited kerajaan bertujuan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Walau bagaimanapun semua tahanan dipastikan berada dalam keadaan ‘fit to travel’ sebelum dihantar pulang dan tahanan yang sakit akan menjalani rawatan sewajarnya terlebih dahulu.

Semua tahanan juga menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dihantar pulang dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung.

MKN Sabah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Filipina kerana memberi kerjasama dalam memastikan urusan pengusiran berjalan lancar.

MKN Sabah bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) menyelaras tanggungjawab dengan bantuan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi yang lain bagi menghantar pulang PATI ke negara asal.

MKN Sabah, JIM Sabah dan semua agensi terlibat terus komited untuk melaksanakan pengusiran PATI dan semua aktiviti berkaitan penguatkuasaan terhadap PATI walaupun ketika wabak COVID-19 masih belum berakhir.

Dalam pada itu, pihak terbabit berharap agar semua pihak juga memberi kerjasama dan sokongan terhadap usaha ini.

Agensi penguatkuasa sangat menghargai sebarang maklumat dan bantuan yang diberikan oleh penduduk tempatan dalam menjejaki dan menangkap PATI yang menyusup masuk ke negara kita.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pencerobohan PATI  dinasihatkan untuk segera menghubungi National Task Force di talian 011-62511223.

Masyarakat tempatan juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati jika berhadapan dengan PATI kerana status kesihatan mereka tidak diketahui, lebih-lebih lagi pada ketika ini negara-negara jiran masih lagi mencatatkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments