Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Empat pulih, 15 kes baharu

COVID-19 : Empat pulih, 15 kes baharu

15 kes baharu positif COVID-19 membabitkan empat kes import dan 11 kes tempatan direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,129 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah empat orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,821 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 183 orang manakala dua orang berada di ICU  dan tiada individu memerlukan bantuan alat pernafasan direkodkan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 125 kes.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments