Kluster baharu diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kebanyakannya bertumpu di Mukim Tawar, Kedah telah dikenalpasti hari ini.
Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9113) membabitkan lelaki warga tempatan yang merupakan seorang peniaga.
Mangsa mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang telah berlangsung dari 31 JulaiĀ hingga 1 Ogos lalu yang dianggarkan telah dihadiri seramai 30 orang.
Pada 8 Ogos, mangsa mula mengalami sakit dada serta gejala demam dan telah segera mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.
Saringan COVID-19 dijalankan pada 9 Ogos dan dikesan positif pada 11 Ogos.
Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan.
Sehingga 13 Ogos, 86 kontak rapat beliau telah disaring yang termasuk ahli keluarga, kontak rapat di hospital dan lain-lain kontak.
Daripada jumlah ini :
⢠9 kes dikesan positif COVID-19;
⢠21 negatif; dan
⢠56 masih menunggu keputusan.
Kesemua kes baharu kluster ini adalah ahli keluarga mangsa yang membabitkan tiga kes didapati mempunyai gejala.
Sembilan daripada kes positif termasuk kes pertama mempunyai sejarah menghadiri upacara sembahyang kematian terbabit.
Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di lokasi lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply