Saturday, July 13, 2024
HomeBERITA‘Jualan Agro MADANI’, akan terus bantu nelayan, petani

‘Jualan Agro MADANI’, akan terus bantu nelayan, petani

SERDANG, 11 Mei — Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini mengumumkan program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA akan dijenamakan semula sebagai Jualan Agro Madani (JAM).

Untuk rekod pada tahun ini, FAMA juga akan menambah bilangan program JAM yang ditawarkan dan kementeriannya akan meluaskan skop program itu melibatkan petani outlet di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan pasar tani di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), katanya.

“Hasil pembelian (program JAM) kemudiannya diedarkan melalui 1,548 kedai runcit Fama di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka kementeriannya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tambah beliau, sejumlah RM1.62 bilion akan disalurkan kepada nelayan dan pesawah dalam waktu terdekat.

Ia mencakupi subsidi dan insentif untuk industri padi dan beras berjumlah RM1.62 bilion dan bantuan kewangan RM200 sebulan selama tiga bulan yang akan memanfaatkan 240,000 pesawah di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah RM228 juta.

Kementerian juga katanya akan meneruskan elaun sara hidup nelayan laut (ESHN) sebanyak RM300 setiap bulan bagi warga Malaysia yang memiliki kapal di Zon A dan pekerja di Zon A, B, C dan C2.

Tambah beliau, ESHN nelayan darat juga akan diteruskan pada kadar RM250 sebulan.

Kementeriannya juga sedang berusaha melaksanakan projek perumahan nelayan khas untuk membangunkan penempatan semula nelayan.

Selain itu, pembayaran bantuan khas melalui Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, turut akan dilaksanakan.

Jelas beliau, FAMA juga telah mengadakan Program Jualan Ramadan MADANI di 268 lokasi terpilih di seluruh negara membabitkan 13,555 usahawan dan program itu mencatatkan jualan RM20.14 juta.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bantuan khas Aidilfitri yang diumumkannya bulan lalu, memanfaat seramai 240,000 pesawah dan 38,500 nelayan di seluruh negara.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas di kementeriannya atas usaha gigih memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh berpuasa sehingga musim perayaan berikutan Hari Raya Aidilfitri sehingga hari ini.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments