Isu kalimah Allah: Wanita UMNO tidak akan berkompromi terhadap cubaan mencemar kemuliaan Islam

0

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Wanita UMNO Malaysia berpandangan, isu-isu sensitif sebegini perlu diperhalusi dan ditangani secara berhemah.

Menurut Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad berkata kenyataan-kenyataan yang di keluarkan perlulah dibuat secara berhati-hati demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk serta kemuliaan agama Islam.

Justeru, Wanita UMNO Malaysia mendesak kerajaan perpaduan tegas dalam menangani isu-isu sebegini.

“Wanita UMNO Malaysia ingin menegaskan juga bahawa kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan yang boleh mencemarkan kemuliaan Islam sebagai agama rasmi di negara ini”, katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaya Post.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply