Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAJPJ buka khidmat kaunter mulai esok

JPJ buka khidmat kaunter mulai esok

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunter bagi kemudahan rakyat.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), perkhidmatan berkenaan bermula pada 29 April jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

Perkhidmatan ini dibuka khusus untuk :

1. Urusan kenderaan perdagangan sahaja yang mana ia meliputi barangan, pelancongan dan juga perkhidmatan awam.

PKP : PEMBUKAAN KHIDMAT KAUNTER JPJJabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunternya…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 27 April 2020

2. Pembaharuan LKM yang meliputi kenderaan dagangan sahaja kecuali kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.

3. Pembaharuan lesen memandu dan lesen vokasional (GDL dan PSV) bagi pemandu kenderaan perdagangan kecuali kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.

4. Penyelesaian senarai hitam dan pembayaran saman berhubung dengan urusan seperti perkara 1 dan 2.

Walaubagaimanapun, pembukaan khidmat kaunter ini tidak melibatkan kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.

Bagi urusniaga kaunter yang melibatkan perkhidmatan JPJ yang lain, arahan pembukaan akan dimaklumkan berdasarkan perkembangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya ketidakpatuhan kepada garis panduan yang telah ditetapkan iaitu ‘penjarakkan sosial’ dan kesihatan seperti berlakunya kesesakan di kaunter.

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments