Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMalaysia, Qatar perkukuh hubungan dua hala

Malaysia, Qatar perkukuh hubungan dua hala

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sering berkongsi rutin hariannya di laman Facebook rasmi milik beliau.

Memetik perkongsian terkini dari laman media sosialnya, Perdana Menteri telah menerima panggilan telefon daripada Emir Qatar, Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani membincangkan pelbagai perkara ke arah memperkasakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara termasuk hal-hal berkaitan perdagangan dan ekonomi.

Petang tadi saya menerima panggilan telefon daripada Emir Qatar, Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Kami…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Senin, 27 April 2020

Menurut beliau, mereka turut bersepakat untuk memperbaharui komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan diplomatik sedia ada.

Di samping itu, kedua-dua pihak berhasrat meneroka potensi baharu yang lebih bermanfaat.

“Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani juga berkongsi maklumat mengenai COVID-19 dan mengikuti secara dekat langkah-langkah yang diambil Malaysia dalam membendung penularan wabak tersebut,” kongsi beliau.

Beliau turut menzahirkan rasa penghargaan bagi pihak kerajaan Malaysia di atas bantuan yang diberikan Qatar dalam membantu lapan rakyat Malaysia yang dijangkiti COVID-19 di negara itu baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani menzahirkan penghargaan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan turut mengundangnya berkunjung ke Qatar selepas pandemik COVID-19 berakhir.

Dalam pada itu beliau turut menyampaikan undangan balas untuk pihak mereka berkunjung ke Malaysia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments