Penghantaran pulang penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) peringkat pertama yang bermula jam 9.00 malam tadi melibatkan 790 orang pelajar yang terdiri daripada penuntut IPT sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Sebanyak 50 buah bas digunakan bagi menghantar pelajar ke 17 destinasi melibatkan tiga buah negeri di utara tanah air iaitu 32 buah bas menuju ke Negeri Kedah, 13 buah bas ke Negeri Pulau Pinang dan 5 buah bas ke Negeri Perlis.
Taburan pelajat IPT yang berlepas dari pusat perlepasan semalam melibatkan 89 orang dari UIAM, 150 (UKM), 164 (UM), 80 (UPM), 146 (Uitm Shah Alam), 50 (UPNM), 49 (UTM KL), 31 (USIM KL) dan 31 dari Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
[KENYATAAN MEDIA] PELAJAR IPT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MULAI MALAM INI 27 APRIL 2020#KitaJagaKita #KitaMestiMenang
Dikirim oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada Senin, 27 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply