Thursday, June 13, 2024
HomeBERITA'Jangan keruhkan kestabilan Kerajaan Perpaduan' - Dr Noraini Ahmad

‘Jangan keruhkan kestabilan Kerajaan Perpaduan’ – Dr Noraini Ahmad

PETALING JAYA, 24 Jun –  Wanita UMNO Malaysia menyelar kenyataan Tony Pua yang menggelarkan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’ di dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad, kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin DAP ini bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan baik parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan, tetapi turut mengganggu persiapan jentera menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Wanita UMNO percaya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua tidak mewakili DAP seperti mana yang ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.

“Wanita UMNO ingin menegaskan bahawa kerajaan yang tertubuh pada hari ini merangkumi 19 parti gabungan yang lain,” katanya.

Tambahnya segala perbezaan pendapat dikalangan parti-parti gabungan hendaklah diselesaikan melalui Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bertindak sebagai penyelaras terhadap apa juga perkara yang terbit daripada kerajaan dan tidak bercanggah di antara satu sama lain.

“Kesatuan parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan sangat penting dalam usaha untuk mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran rakyat di negara ini,” katanya.—THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments