Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPenerangan Wanita UMNO Malaysia selar kebiadaban Tony Pua

Penerangan Wanita UMNO Malaysia selar kebiadaban Tony Pua

PETALING JAYA, 24 Jun – Penerangan Wanita UMNO Malaysia hari ini menyelar kebiadapan Tony Pua dari parti DAP yang melabelkan Barisan Nasional dan UMNO sebagai korup.

Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari dalam satu kenyataan medianya, tindakan seperti ini jelas bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri yang sentiasa berusaha memastikan Kerajaan Perpaduan terus harmoni, kukuh dan stabil.

“Demi memastikan Kerajaan Perpaduan terus memimpin negara, setiap parti yang berada dalam kerajaan hari ini perlu menjaga sensitiviti dan menghormati antara satu sama lain.

Katanya BN-UMNO bukan hanya pelengkap dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya adalah penyebab tertubuhnya Kerajaan Perpaduan.

Justeru, tanpa BN-UMNO, tidak akan wujud Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya keberadaan UMNO dalam kerajaan ini adalah jelas sebagai pelindung agama Islam, orang Melayu dan Bumiputera.

“Suka saya nyatakan di sini BN-UMNO bukan hanya pelengkap dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya adalah penyebab tertubuhnya Kerajaan Perpaduan. Tanpa BN-UMNO, tidak akan wujud Kerajaan Perpaduan. Keberadaan UMNO dalam kerajaan ini adalah jelas sebagai pelindung agama Islam, orang Melayu dan Bumiputera.

“Tegas Presiden kami semasa PAU 2023, kita tidak wajar terus bersengketa, tidak menoleh ke belakang dan “Move On” demi memastikan kestabilan politik terpelihara dan negara dapat bergerak maju ke hadapan,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments