‘Jangan bangkitkan sentimen kebencian dan provokasi terhadap Institusi Raja, perkauman, agama’ – MCMC

0

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din ingin mengingatkan orang ramai untuk berhemah serta menjauhkan diri daripada memberikan pandangan yang berbaur kebencian membabitkan kaum dan agama.

Katanya semua pihak harus menghormati keputusan pilihan raya dan pemilihan Perdana Menteri yang akan dibuat oleh Yang di-Pertuan
Agong dengan hati terbuka.

Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan
bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat
palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya tindakan penguatkuasaan bersama PDRM akan diambil terhadap mereka yang terlibat berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya melaporkan insiden atau kandungan yang bersifat hasutan, provokasi ataupun yang menghina kepada MCMC melalui portal Aduan MCMC di
pautan https://aduan.skmm.gov.my/.

Orang ramai juga menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan

SALUR KEPADA KAMI

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply