Tuesday, July 23, 2024
HomeBERITAIsu tulisan jawi : Hanipa Maidin sanggah keputusan polis, sokong DAP

Isu tulisan jawi : Hanipa Maidin sanggah keputusan polis, sokong DAP

YB Mohamed Hanipa Maidin mencatat rekod menjadi pemimpin kerajaan bertaraf Timbalan Menteri pertama yang menyanggah keputusan polis yang memohon perintah mahkamah untuk membatalkan persidangan bantah jawi anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong.

“Dengan berbuat begini, Hanipa telah meletakkan diri beliau sebaris dengan pemimpin DAP seperti Dr P Ramasamy dan Howard Lee, pemimpin GERAKAN seperti Datuk Dr Dominic Lau, pemimpin MCA seperti Datuk Chong Sin Woon dan aktivis NGO seperti Siti Kasim”, kata Dr Kamarul.

Menurut Pensyarah Senior di Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Yusoff, Hanipa juga dengan ini menyanggah pendirian Ketua Pemuda AMANAH, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, dan Pemuda AMANAH Terengganu yang menentang persidangan itu kerana menganggap ia kurang matang, tidak patriotik, paranoid melampau dan amat keterlaluan.

Persoalan kini kata Dr Kamarul, bijakkah seorang Timbalan Menteri Undang-Undang menyelar tindakan agensi penguatkuasaan utama negara yang sekadar mahu menegakkan keamanan negara?

“Tidakkah kenyataan Hanipa ini akan membuka laluan kepada pemimpin DAP, khususnya individu yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri, untuk menjadi lebih berani dalam mengkritik tindakan polis ini?”, tulisnya di facebook.

Untuk rekod, polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang kongres berhubung tulisan Jawi yang dijadual berlangsung di Kajang, esok.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, perintah mahkamah telah diserahkan kepada  wakil Persekutuan Dong Zong jam 5 petang tadi.

Susulan pembatalan himpunan Dong Zong, satu lagi himpunan aman julang perlembagaan turut membatalkan hasratnya.

Keputusan Pertubuhan Angkatan Gerak Minda Malaysia (Agra), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu susulan perintah mahkamah agar kongres bantah jawi tidak diteruskan.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments