Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKongres bantah jawi dibatalkan, penganjur himpunan aman julang perlembagaan turut menarik "handbreak"

Kongres bantah jawi dibatalkan, penganjur himpunan aman julang perlembagaan turut menarik “handbreak”

Pertubuhan bebas yang sebelum ini merancang untuk mengadakan himpunan aman julang perlembagaan di Kajang esok telah membatalkan hasrat berkenaan.

Keputusan Pertubuhan Angkatan Gerak Minda Malaysia (Agra), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu susulan perintah mahkamah agar kongres bantah jawi tidak diteruskan.

Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) petang tadi.

Kongres itu anjuran bersama Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

kami akan terus memantau perkembangan Dong Zong esok sama ada benar mereka tidak melanggar perintah mahkamah. Jika ada tingkah yang mencurigakan, Agra dan gabungan akan bertindak,” katanya dalam kenyataan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments