Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAIsu perhimpunan bantah jawi : Individu yang engkar perintah mahkamah bakal...

Isu perhimpunan bantah jawi : Individu yang engkar perintah mahkamah bakal berdepan tindakan tegas

Polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang kongres berhubung tulisan Jawi yang dijadual berlangsung di Kajang, esok.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, ia diserahkan kepada  wakil Persekutuan Dong Zong jam 5 petang tadi.

Jika engkar tindakan tegas akan diambil.

“Polis menggesa semua pihak terlibat dan orang ramai agar tidak hadir ke persidangan tersebut atau mana-mana perhimpunan bagi membantahnya yang dianjurkan NGO, persatuan dan pertubuhan.

“Bagi mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam, polis khasnya ibu pejabat polis daerah Kajang telah memohon perintah ini atas dasar untuk mengelakkan berlakunya gangguan kepada ketenteraman awam, yang boleh mencetuskan kegusaran orang ramai di daerah ini,” katanya dalam kenyataan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments