Monday, May 27, 2024
HomeBERITATERKINIPersidangan Pertubuhan Cina membahayakan nyawa manusia - Majistret

Persidangan Pertubuhan Cina membahayakan nyawa manusia – Majistret

Susulan kes bantahan tulisan jawi oleh Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong.

Sejak petang tadi, dua salinan muka surat perintah mahkamah yang ditandatangani Majistret Mahkamah Kajang, Syahrul Sazly Md Sain telah tular di media sosial.

Berikut adalah salinan perintah mahkamah berkenaan yang dikongsi Dr Kamarul Yusoff, pensyarah senior di Universiti Utara Malaysia kepada The Malaya Post.

Perintah ex-parte yang diperoleh oleh Polis Diraja Malaysia dari Mahkamah Majistret Kajang.

Kepada :

Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong dan mana-mana orang yang berkenaan.

Bahawasanya ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa kamu akan mengadakan Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina Mempertahankan Hak dan Kuasa Lembaga Pengelola Tidak Setuju Pelaksanaan Tulisan Jawi di SJK yang dijadualkan pada 28 Disember 2019 mulai jam 1.00 petang hingga jam 3.00 petang di Dewan Kolej Universiti New Era, Kajang.

Dan bahawasanya ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa adalah perlu bagi suatu tindakan segera diambil bagi mengelakkan suatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia atau rusuhan atau gaduh gempar jika persidangan diadakan.

Dan bahawasanya ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa suatu perintah larangan adalah amat diperlukan dan dikeluarkan secara ex-parte dengan segera atas kesuntukan masa memandangkan persidangan tersebut akan diadakan pada 28 Disember 2019 (Sabtu) dan berdasarkan kepada maklumat terkini yang diperoleh oleh pihak pemohon mendapati akan berlaku satu gaduh-gempar atau rusuhan akan berlaku sekiranya persidangan tersebut diteruskan.

Oleh yang demikian, kehadiran kamu di Dewan Kolej Universiti New Era, Kajang, pada 28 Disember 2019 (Sabtu) adalah dengan ini dilarang, dan kamu diberi amaran agar tidak berada atau berkumpul atau mengambil apa-apa bahagian dalam persidangan itu.

Bertarikh pada 27 Disember 2019

Majistret : Syahrul Sazly Md Sain

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments