Monday, May 20, 2024
HomePOLITIKIsu penamatan pemberian insentif : Bincang semula pada sidang kabinet pertama pada...

Isu penamatan pemberian insentif : Bincang semula pada sidang kabinet pertama pada 2020 – Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berpendapat isu keputusan kerajaan menamatkan pemberian insentif perkhidmatan kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesyen lain perlu dibincang semula pada sidang kabinet pertama pada tahun 2020.

Katanya kerajaan harus mengambil kira keresahan dan kebimbangan yang disuarakan rakyat.

“Saya mengikuti dan mengambil maklum keputusan kerajaan menamatkan pemberian insentif perkhidmatan kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesyen lain yang menyertai perkhidmatan awam tahun depan”, katanya dalam satu kenyataan medianya siang tadi.

Dalam perkembangan sama beliau turut mengesyorkan semua menteri kabinet menggunakan ruang kabinet untuk menyatakan pandangan mereka.

Untuk rekod, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed kini berada di luar negara manakala isteri Dato’ Seri Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri memangku jawatan Perdana Menteri.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments