Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAIbu sumpah laknat dakwa anak kemurungan akibat gangguan seks babitkan pendakwah terkenal

Ibu sumpah laknat dakwa anak kemurungan akibat gangguan seks babitkan pendakwah terkenal

Sebuah video yang memaparkan seorang wanita melafazkan sumpah laknat bagi menjelaskan kebenaran bahawa anaknya menerima gangguan seksual daripada seorang penceramah terkenal didedahkan hari ini.

Video sumpah laknat berdurasi 49 saat itu dimuat naik oleh Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam akaun telegram miliknya pada Sabtu.

Menerusi video itu, wanita berkenaan bersumpah dengan nama Allah bahawa anak perempuannya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri selepas diganggu penceramah terkenal terbabit.

“Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa anak saya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri setelah (individu itu) melakukan perbuatan terkutuk menerusi WhatsApp dan panggilan video terhadap anak saya.

“Jika saya berdusta, Ya Allah laknatilah saya,” katanya menerusi video berkenaan.

Sementara itu, Firdaus Wong berkata, ibu kepada mangsa telah mengizinkan dirinya untuk berkongsikan video sumpah laknat memaparkan anaknya telah menerima gangguan seksual.

“Mereka mengizinkan kerana mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat yang perkara itu memang berlaku dan mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu, apabila tiba masanya mereka semua akan tampil ke khalayak ramai demi sebuah kebenaran,” katanya.

Skandal video lucah membabitkan penceramah itu dilihat semakin panas selepas pendedahan demi pendedahan dibuat Firdaus Wong dengan satu video sumpah laknat diikrarkan oleh abang seorang mangsa.

Keadaan itu menjadi lebih hangat apabila penyayi rap Caprice memuat naik gambar dengan wajah entiti iblis, jam pasir dan mengajuk ciuman yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penceramah terkenal itu.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments